卫生部:9护肤品含毒下架,促请公众即刻停止使用


(大马15日讯)马来西亚卫生部(KKM)的国家药品监管局(NPRA)希望敦促公众不要购买和使用以下化妆品,因为它们含有预定的有毒物质:

药剂服务高级主任已撤销以下9个产品通知,并禁止在我国售卖:
1.Deeja Cosmetics Laika Cream(水银)

2.Dejaa Cosmetics Zulai Cream (对苯二酚)

3.Deeja Cosmetics Yus Cream (对苯二酚)

4.Dnars Luvee Cream(Normal & Sensitif)(对苯二酚)

5.Dnars Gold Lifthing Serum (Night) (水银)

6.Sparkle Beauty Cream (对苯二酚、维甲酸、及倍他米松戊酸酯)

7.Sparkle Sun Day Cream (水银)

8.Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M Cream (水银)

9.MS Skinz Night Cream (水银)

文告说,含有对苯二酚(Hydroquinone)、维甲酸(Tretinoin)及倍他米松戊酸酯(betamethasone 17-valerate)产品,需要向药物管制单位注册,而且只有在医疗保健专业人员建议下才能使用。

在未经专业人员监督的情况下使用含有此类成分的产品可能会导致以下不良副作用:

●对苯二酚会导致所应用的皮肤发红,不适,皮肤变色,皮肤变得过敏,可以抑制色素沉着过程(色素沉着),从而减少皮肤免受有害紫外线的伤害,并增加患上皮肤癌的风险。

●在未经医护人员监督的情况下使用维甲酸会导致肿胀的皮肤发红,不适,酸痛,剥落和对日光过敏。

●倍他米松戊酸酯可能会导致面部皮肤变薄并且容易发炎,痤疮,皮肤色素沉着变化,和可能增加被吸入血液循环系统产生有害影响的风险。

文告说,有关护肤品代理及商家必须停止售卖及即刻下架,否则将抵触1984年药物及化妆品管制条规。

售卖上述产品者一旦罪成,初犯可罚款不超过2万5000令吉或监禁最高3年,或两者兼施;重犯者将罚款不超过5万令吉或监禁最高5年或两者兼施。

至于违规公司,初犯可被判罚款高达5万令吉,重犯可判罚款高达10万令吉。

当局促请在使用有关护肤品的公众即刻停止使用,若出现任何不适或不良影响,应马上咨询医疗保健专业人员。

公众通过浏览NPRA官方网站www.npra.gov.my或通过Google Play商店下载“NPRA Product Status”应用程序来检查化妆品的通知状态。

资讯取自:马来西亚卫生部
资讯这里:安全(学者)
#时事新闻 #健康

==Bahasa Malaysia==

1.Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

2.Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

3.Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

●Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

●Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

●Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

4.Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

5.Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

6.Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

7.Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

8.Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


Next
Previous
Click here for Comments

0 comments: